-->

Friday 28 October 2011

.: Munajat Seorang Isteri :.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas..
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal..
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan..
Kau peliharalah lidahku daripada kata-kata nista..
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu..
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah.......

Sekiranya suamiku ini ialah pilihanMu di Arasy..
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..

Sekiranya suamiku ini ialah suami yang akan membimbing tanganku di titianMu..
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya..

Sekiranya suamiku ini ialah bidadara untukku di JannahMu..
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya..

Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu..
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku daripada menyakiti perasaannya..

Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu..
Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah..

Sekiranya ditakdirkan suamiku ini bukan untuk diriku seorang..
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu..

Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan untukku memperbetul keadaannya..

Sekiranya suamiku menyintai kesesatan..
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar daripada terus terlena..

Ya Allah..
Kau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku..
Kau jua Yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku..
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai..
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu.......
Sekiranya aku ingkar dan derhaka, berilah aku petunjuk ke arah rahmatMu..

Ya Allah,
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa rahmatMu, Ya Allah...

Kuatkan hati dan semangatku..
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu..
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami..
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu..
Bimbinglah aku untuk menjadi isteri solehah..

Hanya kepadaMu, Ya Allah, kupohon segala harapan...
Hanya kepadaMu, Ya Allah, kusandarkan segala impian...

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu..
Kerana aku sedar hinanya aku..
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru..
Kerana aku sering leka dengan keindahan duniaMu..
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu..
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu..

Ya Allah, Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati..
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah..
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

Amin, amin, amin.. Ya Rabbal ‘Alamin.......



" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

No comments:

Post a Comment

dah bace ? komen laa sepatah dua.. banyak2 patah pun takpe.. ^-^