-->

Monday 21 November 2011

.: Hidup Matiku Hanya Pada Allah :.



Angin petang yang sempoi-sempoi bahasa mengasyikkan Harris.Bisikan angin yang datang menyapa ditelinga Harris membawanya mengingati memori zaman persekolahan yang telah lama ditinggalkan.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

“Pewittt, hai cik adik sayang”.Sakat Adam, kebetulan pula seorang pelajar junior berjalan dihadapan mereka.

“Amboi, sombongnya.cik adik, awak tu budak lagi, jangan nak sombong sangat,susah awak nanti.”
Tiba-tiba Adam bangun lalu menghalang laluan junior perempuan tu.Pucat lesi mukanya apabila senior dia tiba-tiba menghalang laluannya. Hampir sahaja nak merempuh Adam. Merah padam mukanya apabila ada beberapa pelajar senior gelak sakan melihat betapa kelam kabutnya dia.

“Adam,teruklah kau ni”.Tegur Harris yang kebetulan melihat situasi itu.Kesian pula dia melihat muka juniornya terkulat-kulat.

Tercetus ketawa kecil dari mulut Adam.”Dik, gurau je lah”.

Geleng kepala dia dengan perangai Adam.Siapalah yang tak kenal Adam.Kuat mengusik betul kawan aku ni,getus hati Harris.

‘‘Dah,awak boleh masuk kelas sekarang,waktu rehat awak nak habis dah ni kan”.Arah Harris kepada junior tu.
***************************************************
“Oi,budak.Kau ni memang tak padan dengan tingkatan satu.Berani kau rampas pakwe aku.Dasar perampas.”Tengking Nadia.Hatinya terlalu berang apabila pakwenya sanggup tinggalkan dia hanya kerana budak hingusan ni.Tayangan free ni menyebabkan ramai pelajar mengerumuni mereka.
“Kak,saya tak rampas pakwe akak.Saya tak layan pun dia,kak”.Rayu Najwa.Apalah nasibnya diserang dengan akak senior ni,monolog Najwa.

Nadia semakin berang.Dengan tidak semena-mena dia menampar Najwa.Terjelopok Najwa akibat penangan Nadia.Malunya dia hanya Allah yang tahu.

“Astagfirullah…”Mengucap panjang Harris.Dia yang sedang menyiapkan latihan fizik di kelas lekas datang apabila diberitahu berlaku pergaduhan.
Pening juga dia apabila terpaksa berhadap dengan pelbagai ragam kerenah pelajar-pelajar.Dia selaku ketua pelajar berusaha untuk menjadi seorang yang tegas,adil dan amanah.

“Apa nak jadi dengan awak ni,Nadia?Tak malu ke?Sepatutnya awk tunjuk contoh yang baik tapi ni?”Marah Harris.Kesabaran dia dah sampai tahap maksimum.

“Tapi Harris..”

Harris lekas memotong,”tak ada tapi-tapi.Saya dah tahu.Pasal kes kapel ni kan?Nadia,sepatutnya masa ni awak pergi study bukannya pergi cari pasal.Nak spm dah ni kan.Kapel-kapel ni tolak tepi dulu.Bukannya dapat menjamin masa depan awak.”Tegur Harris.

“Dah pergi masuk kelas semua.Cikgu semua mesyuarat,awak semua sibuk nak mesyuarat sini jugak.”Celah Adam apabila melihat keadaan semakin kendur.

“Dik,ikut akak ye.Kita pergi sick bay”.Salah seorang pengawas perempuan datang memapah Najwa.

“Apalah nak jadi dengan pelajar ni semua.Belajar tak kemana.Gatal je
lebih.”Keluh Adam.

“Tak baik mengeluh masa buat kerja.Amanah ni,Adam.Amanah.”Nasihat Harris.
“Sorry,sorry.Terlepas.he he..”Adam merangkul bahu Harris.Gelak ketawa mereka menjadi perhatian pelajar-pelajar.Dalam gelak ketawa,ada duka yang bakal datang menyapa.

***************************************************
“Adam,Najwa tu budak yang sama ke yang kau sakat hari tu?”Tanya Harris.

“Huh?Najwa mana ni?”Tak beralih mata Adam daripada buku latihan Biologi.Tekun betul dia.

“Budak yang kena tampar dengan Nadia dua hari lepas tu”.Sambung Harris.

“A’ah.kenapa?kau minat dengan dia ke?”Sakat Harris.Barulah perhatiannya beralih.Pelik jugak,hujan tak ada,ribut pun tak ada,pesal kawan aku tetiba tanya soalan tak masuk akal ni.getus hati Adam.

“Nothing.”Teringat pula Harris dengan kejadian tadi.

“Err,Abang Harris.Naj ada surat nak bagi kat Abang Harris.”Muka Najwa kemerahan apabila dia tersipu-sipu.Orangnya putih melepak.Terserlah kecantikkannya apabila tersipu-sipu malu.Mata yang bundar,bulu mata yang lentik,bibir yang merah bak delima,keningnya yang cantik terbentuk dan lesung pipit yang sentiasa menghiasi senyuman manisnya.Senyuman yang mampu menggoncangkan iman kaum adam.

“Ermm.okay”Surat itu lalu diselitkan di dalam poket kemeja pengawasnya.Ramai pelajar yang melihat adegan itu.Muka Harris langsung tidak berperasaan ketika itu.Sukar untuk menebak apa yang ada di dalam hatinya.Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.Bunyi loceng menandakan tamatnya waktu rehat.Bergegas Harris pulang ke kelas.

****************************************************

Malam yang dihiasi dengan bintang yang berkelipan didada langit sungguh memukau.Cantik sungguh ciptaan Ilahi.Sedang Harris menghayati keindahan Yang Maha Esa,dia teringatkan surat yang diterima daripada Najwa.Segera surat itu diambil dari beg sandangnya lalu membacanya.

“Masyaallah”.Spontan keluar khalimat Yang Maha Esa.Serta merta warkah itu terlepas daripada genggaman Harris.Mengucap panjang dia.Bergenang air mata Harris.Hampir menitis air mata seorang lelaki.

Di keheningan malam,terdengar sayup-sayup suara serak basah yang sedang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.inilah ketenangan yang dicarinya.

“Ya Allah Ya Tuhanku,Ya Rahman Ya Rahim.Selawat junjungan buat Rasulullah.Dengarkanlah doa hambaMu yang hina ini.Tidak pernah terlintas dihatiku perkara ini berlaku.Ya Allah,bukakanlah hatinya untuk mencintaiMu lebih mendalam.Cinta padaMu cinta yang agung.Bukan cinta pada manusia yang akan kecewa dan dilukai.Aku tak mampu memenuhi Raihannya.”Teresak-esak Harris diatas tikar sejadah.Betapa lembutnya hati seorang lelaki apabila menagdu pada Tuhan Yang Satu.Tangisan Harris mengisi malam yang hening.

****************************************************

“Najwa”.Panggil Harris.Mukanya langsung tidak beriak.Sukar untuk menebak apa yang tersirat dihatinya.

“Apa semua ni?Mana perginya Najwa budak muslimah tu?Kenapa biarkan nafsu merajai akal awak?Cinta haqiqi yang awak dambakan ialah cinta pada Allah.Bukan cinta pada manusia.”Lorong yang agak tersorok daripada pandangan pelajar lain menjadi saksinya sekeping hati yang amat kecewa.

Setitis demi setitis mutiara jernih jatuh daripada tubir mata Najwa.

“Abang Harris,Naj cintakan abang”rayu Najwa.Hilang sudah perasaan malunya.

“Astaghfirullah..”Mengucap panjang Harris.

“Najwa,saya tak mampu memenuhi raihan awak.Saya tak mampu.Lupakan saya,Najwa.”Hampir tidak kedengaran suara Harris.

Teresak-esak Najwa.Tidak pernah dia merasa hatinya akan sehancur ini.Mungkin inilah rasa sakitnya cinta yang tidak berbalas.
Ah,Najwa.Cintamu pasti akan berbalas,tidak akan kecewa jika kau abadikan cinta ini pada Allah.Cinta yang haqiqi.Tergiang-ngiang suara hatinya.Tanpa sepatah kata,dia terus berlalu membwa hati yang remuk rendam.Air mata terus setia menitis seiring dengan derapan kasutnya.

Perlahan-lahan Harris berlalu pergi.Tanpa menoleh ke belakang lagi,Harris terus berlalu pergi.Seribu kesyukuran dipanjatkan pada Ilahi kerana mempermudahkan urusannya.

Seiring dengan langkahnya,hatinya berkata-kata”suatu hari nanti,kau akan temui juga habib yang ditakdirkan untuk kau.Semoga dia mampu menjadi nakhoda yang terbaik untukmu,Nurul Najwa”

****************************************************

Tepukan dibahu mengejutkan Harris daripada lamunan yang panjang.
“Izhan Harris,kau ni suka betul termenung.Pesal aku tengok muka kau pucat ni?”Runsing betul Adam.

Harris hanya melemparkan segaris senyuman.Soalan Adam dibiarkan berlalu.Lama kesepian mengisi antara mereka.

“Harris,hati kau diperbuat dari batu ke?Teguhnya hati kau,sanggup kau pendamkan perasaan kau yang sebenar kat Najwa.Dah 10 tahun berlalu,Harris.10 tahun, bukan 5 tahun atau 3 tahun.Lama tu,Harris. First time,aku tengok kau pandang dia,aku tahu kau tak pandang dia macam perempuan lain.Kadang-kadang,aku terfkir,siapa kau sebenar?Siapa pun kau,aku bersyukur ada sahabat macam kau.Tak mampu aku bayangkan kalau kau tak ada.Kau sahabat dunia akhirat aku,Harris.”Redup pandangan mata Adam menatap sahabat karibnya sejak dulu lagi.Jalinan ukhwah yang terbina atas dasar kejujuran.

“Tak pernah terdetik dihati aku walau sekelumit perasaan menyesal,Adam.Demi Allah,aku bahagia dengan jalan hidup yang aku sendiri pilih.Walaupun kita berdua tahu,aku tak akan dapat menghayati kebahagiaan ini selama-lamanya.Mungkin aku tak ada jodoh kat dunia ni.Mungkin ada bidadari yang sedang tunggu aku disana,
Insyaallah.Adam,pernah suatu ketika seorang sahabat memberitahu Rasulullah SAW akan rasa sayangnya kepada seorang sahabatnya yang lain.Rasulullah pun bertanya semula,apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya.Sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian.Lantas,Rasulullah pun berkata “pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya”.So,kat sini aku nak cakap,aku sayang kau.Tak akan ada lagi sahabat sebaik kau,Adam.semoga ukhwah yang terjalin antara kita kekal hingga ke akhirat.Moga kita ketemu kembali di Taman Firdaus.Insyaallah.”

Terharu Adam.Kemas pelukan Adam dibahu Harris.Masing-masing membisu.tTiba-tiba Harris mengaduh.Kepalanya terasa amat sakit sekali.Adam menggelabah apabila tiba-tiba-tiba Harris pitam.Cepat-cepat Adam menelefon talian kecemasan.

****************************************************

Hancur luluh sekeping hati seorang ibu apabila mendapat berita bahawa anaknya akan menyahut panggilan Ilahi sebelumnya.Puan Aminah teresak-esak dipangkuan suami tercinta.Ibu mana yang tahan melihat penderitaan anaknya menghidap barah otak.Sudah sampai tahap kritikal sakitnya.Bila-bila masa malaikat Izrail akan datang mencabut nyawa seorang lagi anak adam.

Puan Aminah mengusap perlahan ubun-ubun anaknya.Sesekali dia mengucup dahi anaknya.Setitis mutiara jernih jatuh atas dahi yang pucat lesi itu.Pilunya hati seorang ibu.Kelopak mata Harris bergerak-gerak.Perlahan-lahan mata yang redup itu membuka.

Harris memegang erat tangan Puan Aminah.Dia tidak lagi secergas dulu.
“Umi,halalkan susu yang Izhan minum.Halalkan makan minum Izhan.Izhan minta ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki,umi.Izhan selalu buatkan umi susah hati,kan.Lepas ni,Izhan tak susahkan hati umi dahlah.Izhan dah tak boleh nak bermanja dengan umi.Izhan dah tak boleh merasa usapan umi kat kepala dah.Izhan akan rindu detik manis tu,umi.Nanti kita akan jumpa balik disana.Umi iringi Izhan dengan Al-Fatihah,ya.Umi,jangan nangis tau,nanti tak tenang Izhan kat sana.”
Harris berusaha melemparkan senyuman buat wanita yang telah bersusah payah melahirkannya.Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.

“Ya,sayang.Umi halalkan semuanya.Umi dah lama ampunkan Izhan.Izhan,berehat ya sayang.”Tutur Puan Aminah dalam suara yang tertahan-tahan.Perit tekaknya menahan tangisan yang akan terburai bila-bila masa.

Harris menggamit Adam ke mari.”Adam,baru semalam kita bergelak ketawa kan.Kita jalan sekali sambil bergurau senda.Bestkan saat-saat tu.Aku akan rindu suasana tu.Tapi lagi best bila kau bagi hadiah tu,tulah hadiah yang paling aku tak akan lupa.Senyuman kau yang sentiasa menenangkan hati aku disaat aku susah dan senang.Kita sama-sama kongsi susah senang.Ya Allah,dimana lagi aku mampu mencari sahabat sebaik kau.Esok-esok,bila aku tak boleh jalan,aku nak kau yang iringi aku.Masa tu aku dah tak mampu lagi nak panggil kau macam selalu.Kau yang kena datang pada aku.Masa tu jugak,aku nak hadiah lagi.Tapi aku dah tak nak senyuman tu.Aku nak Al-Fatihah,kau bacakan untuk aku ek,Adam.Aku dah tak mampu baca sendiri.Lepas tu,bila ada orang letak aku bawah papan,kau jangan nangis dan cari aku dah sebab aku dah tak boleh tegur kau macam selalu.Janji ya,Adam.”Bibir yang pucat itu masih berusaha mengukir senyuman buat sahabat yang setia menemani di saat suka dan duka.

Merah mata Adam.Ada sebak yang bermukim dihatinya.Dia hanya mengangguk.

Tanpa sesiapa menyedari,masih ada lagi seorang insan yang turut berkongsi kesedihan itu.Air matanya semakin laju merembes dipipi.Tangannya menekup mulut menahan tangisannya.

“Ya Allah,kuatkan semangat aku”.Seru hatinya.Dengan semangat yang masih tersisa,dia gagahkan jua dirinya ke wad pesakit yang menempatkan seseorang yang pernah bertakhta dihatinya.

Harris semakin lemah.Dia tersenyum lemah melihat Najwa menghampirinya.Nafas Harris semakin tidak teratur.Dia tercungap-cungap seakan mengetahui masanya semakin hampir.Bergema bacaan Yassin oleh sanak-saudara,sahabat handai diselang-seli dengan tangisan yang memilukan.

“Hidup matiku hanya pada Allah”Harris berbisik perlahan.

“Mungucap nak,mengucap”.Encik Rahman bersuara perlahan.Berjuntaian mutiara jernih seorang bapa.Tak sanggup rasanya hati seorang bapa melihat zuriatnya derita menyahut seruan ajalnya.

Nafas di dada Harris semakin mengendur perlahan.
”Asyhaduallailahaillallah waasyhaduannamuhammadurasulullah,”Bisik Encik Rahman di telinga kiri Harris berulang kali.

Harris melafazkannya lemah biarpun tidak pasti milik siapa suara itu.Ungkapan dua kalimah syahadah itu terus bergema ditelinganya.lidahnya tidak henti-henti melafazkannya.

“Izhan…”seru Encik Rahman cemas saat menyedari tiada lagi ombak di dada Harris.Desahan nafas anaknya itu juga sudah tiada.Matanya terarah pada skrin paparan graf .Garisan graf itu sudah mendatar lurus bersama bunyi yang tidak henti-henti.

“Doktor!”Laungan Adam bergema.

Lekas Dr.Umar meraih pergelangan tangan Harris merasa denyutan nadinya .Kemudian,dia menggeleng kepala lemah.

“Daripada Allah dia datang dan kepada Allah juga dia kembali.”

Terjelopok Puan Aminah.

“Anak aku,Ya Allah”

Adam mampir ke jasad yang terbujur kaku itu.Dia mengucup perlahan dahi sahabatnya.Menitis air matanya.”Kau sahabatku dunia akhirat,Harris.Tenanglah kau disana.Semoga kita berjumpa lagi.Hidup
matimu hanya pada Allah.”getus hati Adam.

****************************************************

Kesayuan menyerkup suasana tanah perkuburan itu.Alam turut sama merasai kesedihan itu.Keredupan memagari suasana petang itu.Gema bacaan talkin menusuk jiwa berselang-seli dengan bunyi sedu-sedan menelan hiba.

Dari kejauhan di dalam sebuah kereta,seorang gadis mengawal sebak.Dia tidak menduga segala-galanya berlaku sangat pantas.Najwa cuba mengawal perasaan.

“kematian fitrah perpisahan abadi,Kematian itu pasti bagi yang hidup.Namun,tiada seorang pun yang tahu saat kematiannya.Ianya boleh datang dengan tiba-tiba.Kematian adalah satu misteri.Umur mempunya batas dah kehidupan pasti berakhir.tetapi,kita yakin semuanya akan terjadi.Najwa,jangan ditangisi kematian saya.Redhai pemergian saya.Iringi saya dengan AL-Fatihah.Bukan tangisan yang mahu didengari.Bukalah pintu hati awak,suatu hari akan hadir Habib yang ditakdirkan untuk awak.Hanya doa yang mampu saya utuskan untuk awak."
Dalam kenangan,
Izhan Harris.

Coretan yang pendek itu cukup membuatkan hati Najwa dihimpit dengan kesedihan.Ada sebak yang terbuku didada.Warkah yang pendek itu dilipat kemas lau disimpan dalam sampul suratnya semula.
Najwa segera menghidupkan enjin kereta.Dia menyapu lembut air mata yang mengalir dipipi.
“Al-Fatihah untukmu disana,Harris.Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini.”Doa Najwa.

****************************************************

Sesunggunya,kematian adalah tamu.Kematian akan datang tidak kira waktu dan masa.Beramallah untuk bekalan di akhirat.Orang-orang soleh menghadapi kematian dengan jiwa yang tenang.Tujuan mereka hanya satu,mati dala, keredhaan ALLAH sebagaimana firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah ayat 132 yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman,bertakwalah kepada ALLAH dengan sebenarnya,dan jangan sampai kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim.

ALLAH jualah yang menciptakan kamu,kemudian DIA member rezeki kepada kamu.Sesudah itu,DIA mematikan kamu.Kemudian DIA menghidupkan kamu semula.(Surah al-Rum ayat 40)

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada harii kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu.Ketika itu,siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,maka sesungguhnya ia telah berjaya.Dan(ingatlah) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kesenangan bagi orang yang terpedaya).-Surah Ali Imran ayat 185).


TAMAT

kopipasta by Aqua . ( :


" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Wednesday 2 November 2011

< Tagging Game 2 >

Specially dedicated to : My stepmother : Moon , dan my grandma : Cik CT

Sebenarnya Cik Aqua malas nak jawab.. tapi,, sebab korangg kawan yg aku sayang (cehh !),,, aq jawab jugak laaa ~

LETS READ THE RULES
1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people

ANOTHER 11 THINGS ABOUT AQUA >>

1 - Binatang yang aq paling anti : LABAH-LABAH .... errr... jauhkanjauhkan...

2 - Aq tak suka citer CATDOG . huhhh.. -,-'

3 - Suka pendam perasaan (hahaa.. tbb jer ~)

4 - Suka simpan rahsia

5 - Cepat rasa stress dan tertekan . . aq pun x tau kenape..

6 - Klw study Math macam x boleh berhenti... klw dah x dapat jawab baru boleh berhenti.. kui3..

7 - Klw bercakap dgn orang,, suka tengok mata orang tu.. (hehe.. !)

8 - Suka tengok pemandangan alam semula jadi . .

9 - Perangai ... kdg2 macam kanak2 ribena... tapi ada masa matang . *i'm now 14 !

10 - USAHA TANGGA KEJAYAAN

11 - Dah tak suka pakai high heels.. PENAT .


Soalan daripada my stepmother :

* Your special friend's favourite number ?

aq x paham soklan nehh...

* Justin Bieber or Greyson Chance ? Why ?

Dua2 tak..

* If there's a freaking girl who tries to ask for an attention from your boyfriend , what will you do ?

Wait and see what'll happen.....

* Your school is organizing a Singing Competition and you are required to sing though you fucking refuse it ! Then , what type of song that you'll serve for the judges ?

National Anthem je laaa... aq kata tak nak, degil sangat suro aq join . -,-'

* If you are chose to be one of the students to further your study in oversea , which university will be your choice ? Why ?

belum google-up lagi lhaa ~

* If people dogging you , are you gonna be a mad person ?

First, i'll laugh
Second, i'll smile
Third, i'll stay silent
Fourth, i'll ignore you !

* Be honest ! Do you always stalk your crush ?

bolehlaaaa ~ (HAHA !)

* When do you think that you're officially having a couple ?

Bila tiba masanyaa...

* Woman is like a radio , especially our mum ! You're always facing a 'music' from her and it's basically about what ?

Sukeee bersepahh !

* If you are given a minute to say something to your couple before he / she will go somewhere miles away , what it's gonna be like ? No lies !

Take good care of yourself, farewell . :')

* When do you think that you're gonna be a liar ?
 
Sedayee upayee elakkan .


Soalan daripada my grandma >>

* Siapa yg korang pling mnat kt dunia ni. Knape?

errr,,, aq tak tawulaa ~

* Ap yg korang pling x suke buat kt dlm dunia nih?
 
tak suke main air...
 
* ap password facebook dn blog korang.. *haha
 
**********
 
* ap yg korang nk ckp sngt kt oang yg korang syng tuh? *jujur dn ikhlas yaw
 
be fine always..
 
* ap yg korang buat klo korang nmpk oang yg korang kenal dn dh lme x jmpe.
 
senyum, klw ad peluang.. tego die.. tanye khabar..
 
* siapa yg korang nk sngt jmpe,, n klo dpt pluang tuh, korang nk buat ap yg dye? bg 5 aktiviti yg dh brmain kt dlm kpale otk korang tuh..
 
there are 2 persons..
1 - tatap wajah dia, save dalam memory card yg free of virus
2 - nak sembang dgn dia puas2..
3 - nak spend time utk cipta kenangan yg unforgetable
4 - dan 5 - belum ad plan..
 
* korang suka wane ap? knape ek?
 
merah , silver , lavender
klw dah suke nak buat camane, kan ?
 
* Bola sepak negara atau Bola sepak Luar Negara?
 
Majula sukan untuk negara !!! :)
 
* pmain sukan yg korang pling minat? dlm bdng ap? knape?
 
haaa.. Lee Chong Wei, badminton . i like his style .
 
* ap yg korang buat klo oang yg krng syng tgh sakit atau sangktan dgnnyer?
 
bacakan fatihah dan doakan yg terbaik untuk dia... :')
 
* Nama oang yg pling korang syang dlm dunia nih. NAMA PENOH bkn REKAAN. dn bkn trdri dripda ahli kluarga, artis 0 oang yg trknal. welkwelk.
 
* sorry, the file has corrupted . we are sorry for the inconvenience .
thank you . *
 
 
__________________________________________
 
 
Dah tamat, Aqua tak nak tag ape2 lagi.. huwaaa ~

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Monday 31 October 2011

-> Tagging Game <-

Korang nie main tag-mengetag ye... okay2.. time kaseh sebab tag Cik Aqua... sekarang meh bace camane Cik Aqua me-reply...............

Okay, lets read all the rules.
1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.
___________________________________________________________________________
 

:A: 11 things about Aqua :


>> Jenis yang cepat "touching".. muka biasa, hati ? orang tak tau, kau tau ?
 
>> Suka bnde2 sweet dan lembut... # tapi bukan ala2 "GIRLIE GILER" atau ala2 "NYAHH" oke .
 
>> Suka layan bnde2 adventure ,, fantasy ,, macam out of reality .. # nampak . banyak berangan , kan ?
 
>> TAK SUKA ASAM PEDAS , TAUGEH dan NENAS . kenape ? toksah tau ~
 
>> Boleh dikatakan mudah jadi "CARING" . Tapi , jangan perasaAn lebih2 tau ! :P
 
>> Suka layan bnde2 yg menyentuh jiwa raga ; lagu atau movie .. kui3
 
>> TAK SUKA citer REAL MONSTER kat tv9 . . . so , jangan bukak depan aku , okeh ?
 
>> Suker discover bnde2 baru .. tak kesahlaa , , apee punn . . asalkan aq hepi !
 
>> Tak suka buat seni bila takde mood , , , boleh jadi adek aq lukis lagi lawa , kan ?
 
>> Suke menyebok dan sepahkan dapo . . . nak join ? :P
 
>> Sukee dengar orang bercerita.. # lepas ni cari cerita banyak2 ea ! [**dah cukop 11]
 
:B: Soalan daripada Cik MiaSaraNajwa :
 
Kenal x mak jemah tu sape ? * amekaw !
TAK, & tak nak kenal pon.. cukop larr kenal Mak Limah ~
 
Ap planning cuty sekola nie ?
Aq nak design balek bilik tido utk tahun depan; PMR.. HAHA ~
 
layan Nora Elena ? kenape Nora putus tunang dengan Eid ?
Eid buat hal .. sape suro ?! Apepunn,, SETH THE BEST ~
 
Dhoom 1 , 2 or 3 ?
Tumpang tanyee... DHOOM tuu binatang ape? dalam REAL MONSTERS kea?
 
chrome , mozilla , internet explorer ?
internet explorer 9, chrome
 
Hantu Bonceng x best kan ?
aq rasee tak
 
Bini-biniku Gangster , da tengok ? sape yg anda suke ?
tak tengok larrr....
 
ap maksud FAMILY ?
Father and Mother I love You , kenape ?
 
on9 24/7 ?
mane adee.. jimat letrik siket..
 
komputer , laptop , notebook , ipad , hp ?
notebook . hp * gandingan ideal*
 
tau x 'bhaii' tu ap ?
yang jual karpet tu ke ? jiran aku ?
 
:C: Soalan daripada Grandma :
 
(soklan2 nehh memang cepumas gilerr.. adi putra boleh pengsan ~)
 
* tlis nme pnoh oang yg korang minat/suka [brlainan jantina] (bukan artis atau oang yg trknal oke,, ^_^)
hambek!
ermmm... tak ade . kenape ?
 
* dhoom tu hape yek?
tanye iman..  
 
* klo korang dpt 1 juta ringgit Malaysia, ap yg korang buat dgn duet tuh?
cukop sepurnama baru siap list aku ~ 
 
* senaraikn 5 benda yg anda ingin tp, blom msih blom trcpai
1 . Jumpa dengan 2 orang manusia nehh..
2. Nak masuk IPT
3. Nak habis sekolahh..
4. Nak keje..
5. Nak study PI lepas nii..
 
* plajaran atau psangan?
Saya bawah umur,, pelajaran larr ~~
 
* sp oang yg anda pling x suke kt dunia ni? knape?
Firaun kot . still nak tanye kenape ?
 
* kucing, arnab, hamster atau kuda?
nak hamster !
 
* ap azam korang untk taon dpn?
belajar sampai tahap maksimum untuk PMR laa... ape lagi ~ 
 
* stiap pg korang buat ap dlu lpas bru bgn dri tydo?
bace doa bangun tido.. kau buat ape ?
 
* ap 'bad habits' korang??
bad habit ? buat lukisan separuh jalan.. kdg2 x sampai separuh pun..
 
* ap yang korang nk sngt brlaku kt dri korang?
cepat2 laa ulser ni baekkk.... huhu... :'((
 
:D: 11 Soalan Khas untuk yang akan saya TAG :
 
!@! Kalau orang yg korang nak jumpee sangatt selama ni ad depan mata.. apa first thing yg korang buat ?
 
!@!  Mana tempat korang nak sangat pegi tapi belom sampai ?
 
!@! Org yg anda sayang dah tiada di sisi anda,, klw dorang ada lagi.. apa yg korang nak sangat cakap kat dia ?
 
!@! Memori paling manis yg pernah anda rasa ? #bukan part gula tumpah dalam air oke..
 
!@! Perkara yg paling membahagiakan korang nak sangat alami ?
 
!@! Suka masak ? selalu masak ? #masak AIR terkecuali yee..
 
!@! Kata-kata yg paling tak boleh anda lupakan.. motto hidup pon boleh..
 
!@! Minat muzik genre ape ?
 
!@! Bnde yg boleh buat anda melenting / marah ? 
 
!@! Siapa teman setia klw anda perlukan shoulder to cry?
ibu? ayah? rakan? teman istimewa? facebook? blog?
 
Penat tak jawab soklan neh ? hahaa.. *Sila nyatakan perasaan anda .
 
orang yg Aqua tag :
> Ina
 

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Cinta ??


kenape aiskrim ? sebab dia warnee pink ! :P
Tolong jangan hukum aku cinta,
Aku sedang tak ingin mengenalmu,
Hatiku terluka karenamu,
Jiwa ini tercabik oleh rasamu,
Jauhi aku cinta.....

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Friday 28 October 2011

.: Munajat Seorang Isteri :.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas..
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal..
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan..
Kau peliharalah lidahku daripada kata-kata nista..
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu..
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah.......


" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Monday 1 August 2011

Setanggi Syurga


(Read more for lyrics)


Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati ...

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Sunday 31 July 2011

Dia yang kurindu.. kembali lagi..



Syaaban ingin pergi sayu menghiba diri,
Ramadhan ingin kembali riang bersua lagi,
Merangkak kita di lantai masa bersilang hari,
Merebak bulan di ufuk senja tahun berganti.

Telah terukir juga terzahir di bibir muara,
Akan kita insan yang sentiasa lupa dan lara,
Hidup bertunjangkan nafsu sesedap rasa,
Bermain dengan bara-bara yang penuh noda.

Dosa, bila diungkitkan tentang Neraka,
Lalu diselitkan tentang ajal yang menyusul tiba,
Insan baru padanya terkhabar dari lamunan,
Pantas dirinya menadah tangan mencari Tuhan.

Maka sedar tika alpa dosa inginkan pahala,
Alpa dalam bicara nafsu inginkan puasa.
(via iluvislam.com) 




Mengingat semula tazkirah Jumaat minggu ini.. (29 Jul 2011)..
Ustaz kata, puasa ada 3 peringkat :-

i. Puasa awam > puasa biasa2 jelaa.. menahan diri daripada makan dan minum & yg membatalkan puasa bermula terbit fajar siddiq hingga terbenam mentari .

ii. Puasa , menahan diri daripada makan, minum dan perkara2 yg membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam mentari serta maksiat zahir .

iii. Puasa , menahan diri daripada makan, minum dan perkara2 yg membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam mentari serta maksiat zahir dan batin.

(Credits to : Penyampai tazkirah Jumaat yg lalu..)

Salam Ramadhan Al-Mubarak daripada
Cik Aqua.. :)

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Saturday 30 July 2011

Fuhh.. Hebat !! :)


          Ramadhan approaching... !!!! Artikel ini bersempena dengan the blessed month yg akan tiba tidak lama lagi... teruskan bacaan anda >> :))))

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Monday 25 July 2011

: Ayatul Kursiy :


Berbicara tentang satu ayat yang mulia...... kelikkelik READ MORE .

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Saturday 23 July 2011

:: Kifarah ::



Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seseorang hambanya. Ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. .. .. .. ..

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Sunday 17 July 2011

Ujian itu Rahsia Allah ...


          Terasa sedih @ terseksa dengan UJIAN dan DUGAAN yang sedang anda hadapi? Jom baca artikel yg dipetik daripada web iluvislam.com ini...
          Click Read more bawah ni jika anda sedang berada di home page ~

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

:: Kisah 3 Pinggan ::


           Artikel ini dah pernah saya share ke Asma Amaaniina (group saya di facebook). Jom join ktorang !! hehe..<< klik-sini-klik-sini >>
           Tapi sajesaje nak share lagi kat blog peribadi ni.. tak salah kann? huhu.. Ok, macam biasa.. click Read more bawah ni jika anda sedang berada di home page......

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Saturday 16 July 2011

Wanita.. mengeluh lagikah kamu ?


          Assalamu 'alaikum wrt.. ehh.. gambar atas ni dah ade salam ehh?? takpe2,, tak salah bagi salam dua kali.. hehe.. :) . Hari ni Cik Aqua nak buat posting pasal kaum wanita .. artikel ni dijumpai ketika saya dan browser saya keluar berdating bersama bersiar-siar di sekitar laman web berhampiran. (ayat.. apee pun ta bley.. huhu).. Saya tertarik dengan artikel ni.. menarik saya untuk berkongsi dengan korang.. nak teruskan baca? click button "Read more" bawah ni.. jika anda sedang berada di home page..

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Sunday 10 July 2011

"" Asma Amaaniina ""



          Hari ni.. Cik Aqua nak share dgn korang satu artikel yg amat menyentuh hati.. memuhasabah diri.. SIAPA kita sebenarnya.. yang diambil dari website pilihan saya... tenangkan diri anda.. dengan bismillah, mulalah membaca ... ... ... [click-click read more]

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Saturday 9 July 2011

Bawalah Jiwamu Kepada Allah...




Kita terdiri dari jasad dan jiwa (ruh). Kita sebenarnya adalah jiwa itu (ruh) yang nantinya akan dipanggil Allah kerana ianya adalah milik Allah dan pasti akan satu hari dipanggil Allah.

Setiap kali kita solat...

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "