-->

Sunday 23 December 2012

Mimpi yang Indah by Mestica



(lyrics) 

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan

Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti.. ;)

By Mestica :)



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Note : lagu ni menjadi peneman dan penguat semangat ketika dilanda stress dan down giless dalam usaha mencapai result warna berterbangan (flying colours) dalam PMR .
Ingat lagi time tu.. sampai menangis aku dikerjakan oleh pakcik PMR ni !
cengeng kan ? dah tau dahh ~ hahaXD

Terasa sebak dan bahagia bila dengar semula lagu ni kerana kini..

“Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan”
Sekarang citacita jangka pendek dah jadi kenyataan !

“Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan”
Ya , aku bahagia melihat kebahagiaan orang-orang tersayang di sampingku dengan kejayaan kecil ini :’)

Sekian . toodles !! ^-^

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Sunday 16 December 2012

♥ Altar Cinta ♥



Luruh hatiku menjadi puing-puing yang tandus
Kala terjatuh saatku jalan dalam kehidupan

Deras merayu kepada satu cinta abadi
Malam menjadi altar cinta yang lebih mendalam

Kesal bukan satu jawapan
Hanya cintaMu beri sayap

Tak mampu ku terbang tanpaMu
Ku lemah jauh dari cintaMu
Saat pedang takdir menghunus
Hanya Engkau sayapku

Engkau sayapku
Engkau sayapku
Engkau sayapku

by 6ixth Sense :')


say aameen please ? :)

p/s : nada dan lirik lagu ni sampai ke jiwa , kan ? :')
hehe.. k nite !


" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Monday 10 December 2012



Puisi Diriku Yang Berlumut Dosa


Setiap kali pagi Subuh,
kala aku terbangun,
akan tercetus rasa lega,
kerana masih lagi Engkau menyambung nyawa.

Aku ini hamba yang berdosa,
banyak salah dan silapnya,
cacat di sini dan sana,
entah jiwa ini masih ada putih,
atau sudah legam semuanya.

Air mataku sudah tidak mengalir,
tetapi aku sentiasa tahu,
yang hatiku sentiasa berair,
menangis,
hiba,
takut,
resah,
memikirkan pertemuanku denganMu,
entah apa aku akan diampuni,
atau akan dihukumi,
dan tidak mampu aku menenangkan diri,
setiap kali terfikir akan pertemuan itu nanti.

Aku bergerak Wahai Tuhan,
bergerak membersihkan diri,
namun kadangkala aku kejatuhan,
dan dosa-dosa kembali menghinggapi diri.

Cuma aku tidak berputus asa Wahai Tuhan,
aku bangkit juga berkali-kali,
biar aku mati dalam usaha merapatkan diri,
daripada mati tanpa berusaha apa-apa lagi.

Walaupun rasa takut masih ada,
tetapi aku yakin keampunanMu mengatasi segala-gala,
dan aku usaha serta terus berusaha,
moga-moga Engkau mengampuni hambaMu,
yang hidup berselaput dosa.



- Hilal Asyraf -
1253
071212
Gombak,
Malaysia
. :')


" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Sunday 2 December 2012

Konsep Ukhuwah ♥ :)





Kewajipan dan Tanggungjawab Ukhuwah

eh ? iklan iklan..

                Ukhuwah dalam Islam merupakan jalinan akidah yang mempertautkan umat Islam antara satu sama lain. Ukhwah merupakan ikatan rabbani yang mengikat antara hati mereka dan merupakan jalinan yang erat untuk bertaqarrub kepada Allah. Persaudaraan merupakan ikatan iman yang paling erat sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW:

“Ikatan iman yang paling kuat adalah kasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah.”
(Hadis Riwayat Ahmad daripada Al-Bara’ Ibn. Azib)

                Dalam Islam, persaudaraan merupakan suatu sendi yang menjadi tunjang dalam usaha untuk memperkuat binaan masyarakat Islam dan mengeratkan hubungan antara penganutnya.

                Gerakan Islam amat memerlukan supaya ikatan persaudaraan dapat diperdalam , dan semoga dengan ingatan persaudaraan yang mendalam ini gerakan Islam dapat menjadi suatu bangunan yang kuat yang saling bertaut antara satu sama lain atau menjadi suatu jasad yang akan mengadu kesakitan apabila salah satu anggotanya diserang penyakit  (y) : )

                Bagi menjamin persaudaraan ini dapat memainkan peranannya yang diharap-harapkan dalam jemaah, Islam telah menjelaskan hak-hak dan kewajipan persaudaraan yang praktikal seperti berikut :

(1)          Persaudaraan mestilah dapat menolong usaha-usaha melakukan ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan apa yang telah dikatakan oleh Rasulullah saw dalam sabda baginda:

“Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, Allah akan memberikannya rezeki seorang teman karib yang soleh. Seandainya beliau lupa, (temannya itu) akan mengingatkan dan apabila temannya itu memperingatkannya beliau akan menolongnya.”

                Inilah juga yang telah dibayangkan oleh Saidina Umar bin Khattab dalam katanya:
“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur. Hiduplah dalam lingkungan mereka, kerana mereka merupakan perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesukaran.”

(2)          Persaudaraan merupakan kerjasama di sudut kejiwaan, merasakan keperluan-keperluan saudaranya dan berusaha untuk menunaikan keperluan tersebut, sebagai memenuhi tuntutan sabda Rasulullah saw :

“Sekiranya seorang daripada kamu berjalan bersama saudaranya dalam usaha untuk menunaikan keperluannya (dan baginda memberi isyarat dengan jejarinya), adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjidku ini selama dua bulan.”
(Hadis Riwayat Tabarani daripada Ibn. Abbas)

(3)          Persaudaraan yang kerjasama di bidang kebendaan, kerana Rasulullah saw telah bersabda:

“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim daripada satu kesusahan dunia,
Allah akan melapangkannya daripada satu kesusahan pada Hari Kiamat.
Sesiapa yang memberi kemudahan kepada orang yang berkepayahan,
Allah akan memberikannya kemudahan di dunia dan akhirat.
Sesiapa yang menjaga rahsia seorang muslim di dunia,
Allah akan menjaga rahsianya di dunia dan akhirat.
Allah akan menolong hambaNya selagi hambaNya itu menolong saudara-saudaranya.”
(Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’I, Tirmizi dan Ibn. Majah)

(4)          Persaudaraan merupakan tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi beberapa kewajipan yang ringkas. Yang terpenting daripada tanggungjawab itu adalah apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya :

“Hak seorang terhadap seorang muslim adalah enam perkara:

Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam.

Apabila beliau menjemputmu hendaklah engkau menunaikan jemputannya.

Apabila beliau meminta nasihatmu hendaklah engkau menasihatinya.

Apabila beliau bersin dan menyebut “Alhamdulillah” hendaklah engkau menyebut “Yarhamkallah”.

Apabila beliau sakit hendaklah engkau menziarahinya

Dan apabila beliau meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya. ”
(Hadis Riwayat Muslim. Bukhari menyebut lima hak sahaja)

(5)      Persaudaraan dalam Islam merupakan suatu kemesraan, kasih sayang dan saling membantu. Rasulullah saw bersabda:

“Janganlah kamu memutuskan silaturahim,
jangan kamu berpaling memberi belakang,
jangan kamu benci-membenci,
jangan kamu hasad dengki.
Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Tidak harus bagi muslim meninggalkan tegur sapa dengan saudaranya lebih daripada tiga hari.”
(Hadis Riwayat Malik, Abu Daud, Nsa’I dan Tirmizi, Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis sepertinya)

“Jangan kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun dengan hanya kamu menemui saudaramu dengan muka yang manis.”
(Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Darr)

“Setiap perkara kebaikan itu sedekah dan sesungguhnya antara kebaikan  itu kamu menemui saudaramu dengan manis muka dan menuangkan (air) daripada bejanamu ke dalam bejana saudaramu.”
(Riwayat Tirmizi dan Ahmad, dan Tirmizi berkara: Hadis ini Hasan Sahih. Muslim meriwayatkan sebahagian daripadanya)

“Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kelak kamu akan berkasih sayang dan akan hilanglah permusuhan.”
(Hadis Riwayat Bukhari dalam “Al-Adab Al Mufrad” dan Abu Ya’la)

(6)          Persaudaraan dalam Islam merupakan keghairahan dan kesetiaan. Dalam hubungan Rasulullah saw telah bersabda :

“Sesiapa yang mempertahankan kehormatan saudaranya, Allah akan menjauhkan api daripada mukanya di hari kiamat kelak.”
(Hadis Riwayat Tirmizi daripada Abu Darda)

“Doa seorang saudara terhadap saudaranya di luar pengetahuan (saudara tersebut) adalah doa yang diperkenankan, di sisinya seorang malaikat yang diwakilkan. Setiap kali beliau mendoakan kebaikan untuk saudaranya malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: “Amin dan bagimu juga seperti itu.”
(Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Darda)



Last but not least, untuk menyuburkan lagi jalinan ukhuwah,
bacalah Doa Rabitah.. doa penyatuan hati : )
Guna UNIC version ni senang hafal, walaupun pendek sikit ^-^



Tekan link play on youtube, kat situ ada doa lengkap.

p/s : kredit kepada tuan punya buku, asal usul artikel ini . thanks ! <3 :)

Sekian, tataaa !! :)


" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Tuesday 27 November 2012

UKKM + SEAFOOD = ?




Assalamu'alaikum wrt <3 

Hari Isnin , 26 November 2012 a.k.a semalam telah berjalan suatu ujian yang dinamakan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) di seluruh Malaysia. Ujian ni berjalan sepanjang minggu ni.. tak tau berapa hari. Tapi, takdir menetapkan aku dapat turn petang semalam sesi 2-5.30 petang.
Agaknya ada hikmah jugak aku tergerak nak amek petang, sebab kalau amek pagi.. gelabah aku dua kali ganda ! hewhew..

Ok, back to story..
Sebagai preparation nak exam ni, siyes aku tak tau nak buat ape ! *ok bohong* mestilah aku nak study.
So, aku selongkar leerr balek segala modul PMR yang dah berikat, dah masuk kotak, dah berdebu dan segala keadaan tu. Banyak jugak yang belum berjawab lagi *SORRY CIKGU* hehe..
Thanks to my tutor MUNIRAH JALALUDIN sebab sudi layan kerenah aku, sudi ajar, sudi belajar, sudi lepak kat KFC, sudi teman ice blend, and for everything thanks sissy <3 
Tapi, banyak lagi ilmu kau yang belum aku serap, tunggu kau ! hahahXD

Thanks jugak to Zuraida dan Shaza Khaleeda sebab sudi bagi pinjam buku formulaes. Sayang korang <3
nanti aku pulang.. haha

Sehari sebelum ujian, aku dah macam orang sewel, kewarasan menurun.. >.<"
Macam2 perkara dilakukan demi mengembalikan mood belajar aku termasuklah aku sembur minyak wangi Febreeze semahu-mahunya dalam bilik tu.. hisshh.,.,.,. :)
Kewarasan tak jugak normal sampai malam.. aku dah tak tahu nak buat ape selain tidur dalam air mata..
Dalam hati fikir, "Ya Allah.. apelah agaknye nak jadik esok? :'( "

[ HARI EXAM ]

Aku cuba sedaya upaya untuk jadi seceria mungkin just untuk sedapkan hati sendiri.huahuahua !!
Kemas buku, kemas baju, kemas beg, shut down lappy, and I'm ready to fly GO !

feeling masa ni ? aku takde perasaan:(

On the way ke sana, masih menyelak-nyelak SPS, dan bebuku yang tah berapa kilo beratnya tu..
Just baca tajuk yang tergerak nak baca je.. huhu
Time ni jugak lerr mabuk perjalanan suka nak join sekaki eleventh hour study session, untung ada earphone with maximum volume sudi menyeimbangkan tekanan dalam semicircular canal dan eustachian tube , kurang sikit =.="
Try jugak baca ayat yang seorang cikgu ni bagi kalau sakit kepala... 

thanks to cikgu , saya masih ingat lagi pelajaran 3 tahun lepas ni ^-^
(3 ke 2? 2 rounded off to 3 :D)

Dalam perjalanan ke Pontian yang berjam lamanya tu, sempat usha soalan bocor daripada my tutor MJ. weh, kredit lagi sekali kat kau ! ada confidence sikit lepas call kau, moon ! heheh ;}
Akhirnya sampai jugak kat MRSM PONTIAN lebih kurang pukul 1.15 setelah agak2 tersesat sebab si PAPAGO tak dapat baca alamat mrsm ni - kata ayah .
Makan ala kadar sampai nak tercekik je sebab dah lewat sampai.. huhu

Exam start dalam pukul 2.30 (kot). I had Munie on my left and budak nama Hadziq Zulkharnain on my right - tak dikenali.

Ada 3 bahagian:-

Matematik (40 soalan) - 75 minit

Sains (50 soalan) - 60 minit

Keperibadian (100 soalan) - 30 minit

First, soalan MATHS . macam biasa, seperti biasa dan seperti rumors kat ternet ni, memang macam nak bunuh aku soklannye haihhhh =="
Diagrams dia ok-ok laa.. tajuk pun yang macam biasa keluar, tapi soalan luar biasa.
Kau kene kire dua tiga empat lima enam kali baru dapat jawapan yang tepat.
Macam tak gila ! satu soalan dah berapa minit camtu?!
Aku pandang skrin munie, berderet questions yang dia jawab, kau memang pandai pun munie (y) haha.. Aku ? pening skip, pening skip , pening skip . sampai soklan 40 . wakaka==".
Soalan lines and angles pun tak lepas, camane? huhu
Kepala aku pening, mata pinar-pinar, tangan shaking, otak blank >"<
Memang mencabar keimanan !
Sehingga cikgu tu kata masa tinggal 5 minit, baru 27 soalan yang berjawab . Apa lagi, aku tembak mati lah soalan lain tu ! bapak tak sedeh camni.. :(

We had 15 minutes break after that, dan sesi UKKM bersambung dengan soalan SAINS.
Yang ni, memang bole kata enjoy laa jawab.. since Sains pun termasuk dalam sub. fevret aku.. heheh.. ;P
Kalau tadi maths tak cukup masa, sains ni terlebih masa 20 minit ^-^
So, korang tak payah risau sangat laa ekk ?

Next, KEPERIBADIAN . pening jugak aku nak jawab sebab otak dah tak cukup oksigen.. hehe. So, ada yang jujur ada yang *hipokrit*. Yang aku tak puas hati, asyik2 dia tanye pasal jurutera, teknikal, guru, pensyarah, kebajikan, korporat, kete sports, blablabla. takde satu soalanpun tentang medik . ape seh ? hahaaa..

FYI , UKKM ni adalah ujian berkomputer dan takde pun temuduga ORAL . dan kau jangan mimpilaa nak tiru orang sebelah sebab soalan kaurangg memang same, tapi nombor dia terbalek kongkang. (exp: no 1 kau berada pada nombor 23 jiran kanan dan nombor 31 jiran kiri. camane nak tiru?)

Habis exam tu, memang badan aku melayang giless.. otak sakit , trachea aku macam tersepit.. hoho :(
Dah macam tu, proses pembakaran lemak tenaga yg sangat giat berlaku sepanjang 3 jam setengah tu membuatkan perut aku berkonsert , tak setakat gastrik, aku jalan pun dah tak betul =="
Dalam hati, aku just nak makan mi bandung for no reason.. hehe
Kenapa tajuk entry ni UKKM + SEAFOOD ?
Sebab.,.,.,,,,
Habis asar hari tu jugak my dad ajak g Pandai Senibong
Dengan muka aku yang dah bajet zombie, g makan seafood.. hahah
Untung bawak baju, kalau tak pegi pantai pakai uniform SMK BANDAR TENGGARA 2.
Memang terbaekk (y)
Yeah, it's a good news. Bad newsnya kat situ dorang tak masak mi bandung. nak suro aku makan nasi kea? (nak je aku masuk dapur masak sendiriXD)
So, redha je laa...aku pilih bihun tomyam.. (itupun nak tulis.. ==")

Singapore.. :)



credit to snapper : my lil bro :)

Setelah habis ujian ni, aku takdelah berharap tinggi sangat nak masuk MRSM, sebab aku akui maths aku memang lemah.. huhu
Tapi, harapan menjadi layu masih ada laa dalam hati 
Tiba2 terfikir macam nak stay je kat smkbt2.. boleh ke? :)

Kepada Moon, Munie, Qurra, Haziq, S.A.L dan yg lainlain.. tak yah risau lerr.. sebab korang memang ada potensi masuk . aku ni low profile jea.. huhu sobss..
apapun, all the best kay?
Untuk adik2 yang bakal dan bakal menduduki ujian ni, my advice is baca, FAHAMKAN dan hafal formula2 dan notes penting. 
Perkara paling penting adalah korang MEMAHAMI KONSEP.
Jangan gelabah masa menjawab, nanti korang tak faham soklan dia yang aku tak tau tu bahasa apa ? hahahaaha lol *jangan pecaya*
Kepada kaurangg yang nak tahu pengalaman UKKM, inilah cerita aku. 
Apa cerita korang ? :)
Do comment <3




" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Sunday 25 November 2012

Takdir Ukhuwah


Wahai Tuhanku,
Betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan
Dan Kau pupuk ia tumbuh subur dalam hati kami agar bertambah keimanan..
Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMu,
Maka tidak ada tangguh untukku berundur daripada hidupnya...
KeranaMu, Tuhanku..
Saat aku memohon teman yang menggemburkan keimanan,
Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahan
Agar rimbunnya menjadi teduhanku daripada bahang kehidupan..
Bagaimana Kau meminta dia daripadaku kembali ?
Sedang aku dan dia milkMu
KepadaMu kuserahkannya..
Andai pengorbanan itu mahar keredhaan
Kerana saat Kau hadirkan pertemuan,
Telahku redha untuk suatu perpisahan...

Pernahkah..
Kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia,
tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya..
Dan dia duduk seketika bersama kita
Menyinggahi kamar kehidupan
Dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa..

Dimensi pertemuan itu berbeza
Saat kita tak pernah melihat wajahnya,
Namun kita seakan tahu bagaimana redup pandangan wajahnya..
Dan tika kita tidak pernah sekalipun mendengar suaranya,
Kita seakan kenal nada bahasanya..
Dan kita tertawan pada agamanya,
Saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..
Saat hadis-hadis baginda bermain dalam ratib bahasanya..
Dan Al-Huda menjadi ayat karangan jiwanya...

Takdir...
Kadang-kala mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang,
Memberikan kita sesuatu yang tidak dirancang,
Memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan..

Takdir juga..
Mengajar erti perkenalan
Menanam erti persahabatan
Menyemai keakraban
Menghadiahkan kemanisan dalam mentafsir erti kasih dan sayang
Memberikan peluang dalam menilai..
siapa SAHABAT,
siapa KAWAN,
dan siapa KENALAN..
Untuk mengisi ruang dalam epilog kehidupan...


.. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..

tersentuh jiwa raga bakul besen periuk belanga kan ayat2 ni ? hehe..
tak sengaja jumpa note ni dalam fail time sibuk mencari formulaes..
sekadar diolah dan ditaip semula, kopipasta dari ... entahlah .
tapi thumbs up kepada peoples yang tulis ni (y) :)
okay, sambung study ^-^


" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Thursday 15 November 2012

.: Rindu Kedamaian by Devotees :.



a really beautiful, lovely, meaningful, touching dan memang bestlah lagu ni !
creditcreditdancredit kepada abang2 devotees , good job ! (y)
tengok sikit gambar group ni.. hehe

comey ? shtttt! diamdiam.. haha :)

click this LINK to listen on youtube
(kat scm player atas ni pun ada, bolehlah play ye:) )
zoom lyrics ! hayati ye... ^-^

--------------------------------------------------------
Harapan kesamaran
Bila warna damai kian pudar
Bertebaran kata dusta
Yang menghunjam nestapa

Tangisan kesayuan
Insan meratapi kehilangan
Merintih menagih ihsan
Merindui kedamaian

Ke mana hilang kasih dan sayang
Meluntur erti kemanusiaan
Akankah pergi penderitaan
Tak ketemu jawapan

Dan kezaliman kian rakus menggila meratah nyawa
Dan kesengsaraan membarah meruntun jiwa

Munajat pengharapan
Mendamba cahaya keamanan
Menyinari kehidupan
Kemilau rahmat Tuhan




# Let's pray for our brothers and sisters around the world .
May Allah grant them with loads of patience and imaan.
May Allah keep them safe under HIS protection, ameen . :')
Spread love, spread this peace message .
My brothers and sisters , one day , I will be there for you,
INSHAALLAH , ameen . 

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Wednesday 19 September 2012

.. Day of Lesson ..




Kisah ini berlaku pada pagi Jumaat 14 September 2012 di Surau Firdaus. Pagi tu cam biasalah ada bacaan Yasiin dan tazkirah Jumaat. Tapi pagi itu rasanya sangat syahdu, hati rasa sangat sedih sehingga zahir air mata jatuh berjurai-jurai, tak setakat basah pipi . . tudung sekali basah *okay serabai*. Air mata itu tak terasa seperti air mata atas sebab gugurnya tak dapat dikawal lagi, dan dah macam air dalam bottle tumpah, drop by drop. Hmm… cukuplah untuk intro.

Entah apa yang difikirkan, atau maybe banyak sangat perkara yang difikirkan sampai entah ke mana fikiran itu pergi, entah ke mana roh melayang, sedang jasad masih bernyawa membaca surah Yasiin di Surau Firdaus. Hanya ku niatkan bacaan itu untuk kesejahteraan diriku, agar dicekalkan hatiku, agar dipermudahkan segalanya terutamanya untuk oncoming PMR ini. Ku teruskan bacaan helai demi helai dengan juraian air mata…

Tiba di suatu muka surat, tiba-tiba datang seekor lalat kecil hinggap di kitab Yasiin yang aku baca. Lalat itu hinggap di permukaan helaian Yasiin itu, bukan di permukaan muka surat yang sedang ku baca. Aku yang masa tu bermandi air mata tak hiraukan pun nak syuhhh syuhhh binatang tu. Biarlah, dia tak kacau hidup aku pun. Aku teruskan bacaan ayat demi ayat…. Tetapi…..

Aku lihat lalat itu hinggap di perantaraan helaian itu tanpa berbuat sesuatu apapun. Biasanya kan kalau lalat hinggap tang mana2 nampak aktiviti kat kaki dia tu. Dapat imagine kan ? Tapi yang ni.. dia dok senyap je, pada tafsiran aku seolah dia dengar bacaan Yasiin tu. Air mata aku still tak berhenti mengalir.

Dan kejadian ini berterusan apabila aku dengan perlahan menyelak page demi page Yasiin tu tetapi lalat itu tetap tidak bergalih. Biasanya lalat sensitive akan pergerakan dan akan terbang apabila ada walaupun sedikit pergerakan asing, bukan ? Tapi yang ni tak.. malah lalat tu stay je , then bergalih ikut page yang aku angkat dari kiri ke kanan. Macam main-main dengan kucing gitu ~ Memain ke kau lalat ? huhu :'( Okay, air mata bertambah deras !

Then aku terfikir agaknya lalat ni suka kot dengar bacaan ayat suci al-Quran. Mungkin… tafsiran aku lemah.. just ikut logik dan gerak hati semata.. Lepas tu terdetik di hati kecilku, sedangkan haiwan pun suka dengar bacaan al-Quran, malah sungguh tenang dan teliti mendengar.. mengapa tidak aku , manusia yang berakal ? Ya Allah… makin lebat air mata, dah tak peduli lagi ape jadik kat sekeliling tu…

Aku niat nak bercakap dengan lalat tu lepas habis bacaan Yasiin, tapi belum habis lagi.. Tapi aku nak jugak bermonolog dengan dia. Gila ? suka hati nak cakap apa . tak kesah pun . So, aku just lintaskan dalam hati je sambil tengok lalat tu, sambil jeling2 ayat dan tafsirannya. I said to it “ Wahai lalat, nanti apabila aku mati, panggillah rakan-rakanmu dan hadirlah membacakan Yasiin ini kepadaku nanti…” *air mata ala2 hujan peralihan monsun*

Selepas aku habis bermonolog dalam hati tu, lalat tu pun terbang pergi. Ya Allah, Engkau sahaja yang mengetahui perasaanku ketika itu. Aku terfikir apakah Engkau ingin mentarbiyah diriku melalui kehadiran seekor lalat ? Ya Allah, jika benar ini didikan daripadaMu, hatiku benar-benar tersentuh ya Tuhan.. Allah jua yang mengetahui betapa tersentuhnya hatiku pada pagi Jumaat yang hening itu.. sehingga keluar meninggalkan Surau Firdaus juga air mataku masih ingin mengalir keluar.. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah..

Nukilan ini sekadar menyuratkan apa yang berlaku, yang tersirat Allah jua yang mengetahui. Mungkin pembaca menganggap peristiwa ini biasa sahaja, nothing special. Tetapi kepada diriku, hatiku benar-benar tersentuh.. apatah lagi pada masa itu hatiku sedang dilanda kesedihan .. Tafsiran dan monolog itu semua mungkin sekadar kebetulan.. Tetapi aku mengambil pengajaran dan mengekstrak nilai positif yang timbul di fikiran. Terpulang korang la nak fikir apa kan . . aku hilang akal ? Katakan apa sahaja, semuanya benar belaka kerana yang berhak menilai diri kita ialah orang lain yang berada di sekeliling kita. Mereka melihat daripada perspektif mereka dengan fahaman mereka.

*gambar sekadar ilustrasi hiasan semata*


Apapun, yang baik daripada Allah, yang buruk datang daripada keburukan dan kelemahan diri penulis semata.. Semoga kita sama-sama dilimpahkan dengan nur hidayahNya yang memenuhi segenap ruangan jiwa, insyaAllah . Wassalam.



VirtualAqua

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

Wednesday 18 July 2012

Ramadhan hadir lagi.. ( 1 4 3 3 )




.:R:A:M:A:D:H:A:N:.




Alhamdulillah, sehingga hari ini, 28 Sya’aban 1433H masih bernafas lagi di bumi Allah dengan nyawa pinjaman ini. InsyaAllah pada hari Sabtu ini umat Islam sedunia akan menyambut ketibaan 1 Ramadhan. So, in conjunction of this holy month’s celebration, I’d like to have a post about the month of Ramadhan.




Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baginda bersabda lagi:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan, diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu neraka dan tidak dibukakan satu pintu pun daripadanya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun daripadanya. Maka berserulah penyeru: Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan berundurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam (Ramadhan).”
( Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a )

In this holy month, Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda untuk setiap amal kebajikan yang kita lakukan dengan IKHLAS berbanding dengan bulan-bulan yang lain.


Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Hadith berikut telah dipetik dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.


1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar

Daripada Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)

Daripada Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)

Daripada ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka

Daripada Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

Daripada Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.

Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.

Daripada Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5. Bersiwak atau menggosok gigi. 

Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

6. Bermurah hati dan banyak menderma.

Daripada Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.

Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunat (solat Tarawih)

Daripada Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan

Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.

Daripada Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Daripada Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain daripada sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahan melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

Berikut jadual waktu solat, waktu sahur dan berbuka puasa untuk tahun ini bagi warga Kulai ye.. click kalau tak cukup besarr.. :)



Panduan menghadapi Ramadhan :



            In a nutshell (ceh, essay BI! J ) . Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna…







Sumber : http://ustaznaim.blogspot.com/2011/07/11-amalan-sunnah-khusus-bulan-ramadhan.html


VirtualAqua

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "