Kisah ini berlaku pada pagi Jumaat 14 September 2012 di Surau
Firdaus. Pagi tu cam biasalah ada bacaan Yasiin dan tazkirah Jumaat. Tapi pagi itu
rasanya sangat syahdu, hati rasa sangat sedih sehingga zahir air mata jatuh
berjurai-jurai, tak setakat basah pipi . . tudung sekali basah *okay serabai*.
Air mata itu tak terasa seperti air mata atas sebab gugurnya tak dapat dikawal
lagi, dan dah macam air dalam bottle tumpah, drop by drop. Hmm… cukuplah untuk
intro.
Entah apa yang difikirkan, atau maybe banyak sangat perkara
yang difikirkan sampai entah ke mana fikiran itu pergi, entah ke mana roh
melayang, sedang jasad masih bernyawa membaca surah Yasiin di Surau Firdaus.
Hanya ku niatkan bacaan itu untuk kesejahteraan diriku, agar dicekalkan hatiku,
agar dipermudahkan segalanya terutamanya untuk oncoming PMR ini. Ku teruskan
bacaan helai demi helai dengan juraian air mata…
Tiba di suatu muka surat, tiba-tiba datang seekor lalat kecil
hinggap di kitab Yasiin yang aku baca. Lalat itu hinggap di permukaan helaian
Yasiin itu, bukan di permukaan muka surat yang sedang ku baca. Aku yang masa tu
bermandi air mata tak hiraukan pun nak syuhhh syuhhh binatang tu. Biarlah, dia
tak kacau hidup aku pun. Aku teruskan bacaan ayat demi ayat…. Tetapi…..
Aku lihat lalat itu hinggap di perantaraan helaian itu tanpa
berbuat sesuatu apapun. Biasanya kan kalau lalat hinggap tang mana2 nampak
aktiviti kat kaki dia tu. Dapat imagine kan ? Tapi yang ni.. dia dok senyap je,
pada tafsiran aku seolah dia dengar bacaan Yasiin tu. Air mata aku still tak
berhenti mengalir.
Dan kejadian ini berterusan apabila aku dengan perlahan
menyelak page demi page Yasiin tu tetapi lalat itu tetap tidak bergalih. Biasanya
lalat sensitive akan pergerakan dan akan terbang apabila ada walaupun sedikit
pergerakan asing, bukan ? Tapi yang ni tak.. malah lalat tu stay je , then
bergalih ikut page yang aku angkat dari kiri ke kanan. Macam main-main dengan
kucing gitu ~ Memain ke kau lalat ? huhu :'( Okay, air mata bertambah deras !
Then aku terfikir agaknya lalat ni suka kot dengar bacaan
ayat suci al-Quran. Mungkin… tafsiran aku lemah.. just ikut logik dan gerak
hati semata.. Lepas tu terdetik di hati kecilku, sedangkan haiwan pun suka dengar
bacaan al-Quran, malah sungguh tenang dan teliti mendengar.. mengapa tidak aku
, manusia yang berakal ? Ya Allah… makin lebat air mata, dah tak peduli lagi
ape jadik kat sekeliling tu…
Aku niat nak bercakap dengan lalat tu lepas habis bacaan Yasiin,
tapi belum habis lagi.. Tapi aku nak jugak bermonolog dengan dia. Gila ? suka
hati nak cakap apa . tak kesah pun . So, aku just lintaskan dalam hati je
sambil tengok lalat tu, sambil jeling2 ayat dan tafsirannya. I said to it “
Wahai lalat, nanti apabila aku mati, panggillah rakan-rakanmu dan hadirlah
membacakan Yasiin ini kepadaku nanti…” *air mata ala2 hujan peralihan monsun*
Selepas aku habis bermonolog dalam hati tu, lalat tu pun
terbang pergi. Ya Allah, Engkau sahaja yang mengetahui perasaanku ketika itu.
Aku terfikir apakah Engkau ingin mentarbiyah diriku melalui kehadiran seekor
lalat ? Ya Allah, jika benar ini didikan daripadaMu, hatiku benar-benar
tersentuh ya Tuhan.. Allah jua yang mengetahui betapa tersentuhnya hatiku pada
pagi Jumaat yang hening itu.. sehingga keluar meninggalkan Surau Firdaus juga
air mataku masih ingin mengalir keluar.. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah..
Nukilan ini sekadar menyuratkan apa yang berlaku, yang
tersirat Allah jua yang mengetahui. Mungkin pembaca menganggap peristiwa ini
biasa sahaja, nothing special. Tetapi kepada diriku, hatiku benar-benar
tersentuh.. apatah lagi pada masa itu hatiku sedang dilanda kesedihan ..
Tafsiran dan monolog itu semua mungkin sekadar kebetulan.. Tetapi aku mengambil
pengajaran dan mengekstrak nilai positif yang timbul di fikiran. Terpulang
korang la nak fikir apa kan . . aku hilang akal ? Katakan apa sahaja, semuanya
benar belaka kerana yang berhak menilai diri kita ialah orang lain yang berada
di sekeliling kita. Mereka melihat daripada perspektif mereka dengan fahaman
mereka.
*gambar sekadar ilustrasi hiasan semata*
Apapun, yang baik daripada Allah, yang buruk datang daripada
keburukan dan kelemahan diri penulis semata.. Semoga kita sama-sama dilimpahkan
dengan nur hidayahNya yang memenuhi segenap ruangan jiwa, insyaAllah .
Wassalam.
VirtualAqua
No comments:
Post a Comment
dah bace ? komen laa sepatah dua.. banyak2 patah pun takpe.. ^-^