AS-SAJADAH
1)
Alif Lam Mim . . .
2)
Diturunkan Al-Quran ini, dengan tiada
sebarang syak padanya, daripada Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam.
3)
(Orang-orang kafir tidak
mengakui hakikat yang demikian) bahkan mereka mengatakan: “Dialah
(Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya.”
(Dakwaan mereka itu tidaklah benar) bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya Engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum(mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk.
(Dakwaan mereka itu tidaklah benar) bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya Engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum(mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk.
4)
Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi
serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa kemudian Ia bersemayam
di atas Arsy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat
selain Allah. Oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk
mencapai keredhaanNya)?
5)
Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi
melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan)
dari langit ke bumi, kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala
yang berlaku daripada pelaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya)
pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan
masa kamu yang biasa.
6)
Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang
mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; yang Maha Kuasa lagi Maha
Mengasihani.
7)
Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan
sebaik-baiknya; dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah.
8)
Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu
daripada sejenis pati, iaitu daripada air (benih) yang sedikit dipandang orang.
9)
Kemudian Ia menyempurnakan kejadianNya dan
meniupkan padanya roh ciptaanNya, dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran
dan penglihatan serta hati (akal fikiran),
(supaya
kamu bersyukur) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.
10) Dan
mereka (yang
kafir)
itu berkata: “Adakah apabila kami telah hilang lenyap di dalam tanah, kami akan
hidup semula dalam bentuk kejadian yang baru? Benarkah demikian?” (Mereka
bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka
tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya.
11)
Katakanlah (wahai Muhammad) :
“Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Maut yang ditugaskan berbuat demikian
ketika tiba ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk
menerima balasan).”
12) Dan
(sungguh ngeri) sekiranya Engkau
melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan
Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan
hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar
dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kam ingkari dahulu),
maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik;
Sesungguhnya sekarang kami telah yakin.”
13)
Dan (bagi menolak rayuan itu
Allah Ta’ala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan
(memberikan
hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada setiap orang dengan
ketiadaan usaha daripada masing-masing), nescaya Kami berikan
kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjukNya (sebelum
masing-masing meninggal dunia supaya tidak terkena azab di akhirat). Tetapi
telah tetap hukuman seksa daripadaKu. Demi sesungguhnya aku akan memenuhi
neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa
hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh).”
14) (lalu
dikatakan
kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian mereka) Maka rasalah azab seksa
kerana kamu melupakan pertemuan kamu hari ini. Sesungguhnya Kami pun tidak
hiraukan keselamatan kamu lagi, dan (dengan demikian)
rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu kerjakan.”
15) Sesungguhnya
yang sebenar-sebenar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah
orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu
mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh)
dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka
pula tidak bersikap sombong takbur.
16) Mereka
meregangkan diri daripada tempat tidur(sedikit sangat tidur kerana
mengerjakan sembahyang tahajjud dan ama-amal soleh). Mereka
sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan
kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperoleh lagi (keredhaanNya);
dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri
kepada mereka.
17)
Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui
satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada
segala jenis nikmat)
yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal
soleh yang mereka kerjakan.
18) (jika
demikian halnya) Maka adakah orang yang beriman sama
seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima
balasan).
19) Adapun
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka beroleh syurga tempat
tinggal yang tetap sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka kerjakan.
20) Dan
sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka;
setiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya
serta dikatan kepada mereka: “Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa
mendustakannya di dunia dahulu.”
21) Dan
demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit daripada azab dunia
sebelum azab yang besar (di akhirat kelak)
supaya mereka rujuk kembali bertaubat.
22) Dan
tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat
Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya);
Sesungguhnya Kami tetap membalas.
23) Dan
demi sesungguhnya ! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana
Kami berikan Al-Quran kepadamu wahai Muhammad) maka janganlah
Engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya, dan Kami jadikan Kitab Taurat itu
hidayah petunjuk bagi kaum Bani Israel.
24) Dan
Kami jadikan daripada kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum
masing-masing kepada hukum agama kami, selama mana mereka bersikap sabar (dalam
menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat
keterangan kami.
25) (Pertentangan
antara satu golongan dengan yang lain itu) Sesungguhnya Tuhanmu
sajalah yang akan memutuskan hukumnya antara mereka pada hari kiamat, mengenai
apa yang mereka berselisihan padanya.
26) Dan
belumkah lagi nyata kepada mereka (yang kafir itu) bahawa
Kami telah binasakan berapa banyak kaum yang kufur ingkar dahulu daripada
mereka, padahal merea sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal
kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi
keterangan-keterangan (untuk
diambil iktibar). Oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?
27) Dan
tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya
Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami
tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman yang daripadanya dimakan oleh
binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak
mahu memerhati (semua itu supaya taat dan bersyukur)?
28) Dan
mereka bertanya: “Bilakah datang hari pembukaan bicara yang dikatakan itu jika
betul kamu orang-orang yang benar?”
29) Katakanlah
(wahai Muhammad): “(tidak perlu diketahui masa datangnya tetapi mesti
dipercayai bahawa) Pada hari pembukaan bicara itu, tidak ada gunanya lagi
kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak
akan diberi tempoh (berbuat demikian).”
30) Oleh
itu, janganlah Engkau hiraukan mereka, dan tunggulah (kesudahan mereka),
sesungguhnya mereka pun menunggu
(kesudahanmu).
VirtualAqua
No comments:
Post a Comment
dah bace ? komen laa sepatah dua.. banyak2 patah pun takpe.. ^-^