-->

Friday 1 June 2012

Penganiayaan di BUMI PALESTIN - Apa peranan kita ?




kanak-kanak seusianya di negara kita bebas bermain dan berlari-larian sesuka hati...
tetapi di negara mereka ? bila agaknya mereka berpeluang merasai apa yang kita rasai di sini ?




sedang berinternet . . terjumpa pula post yang menyentuh perasaan ini di wordpress seorang hamba Allah ini . . tentang suatu perjuangan . . jemput baca . .

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bismillahirrohmanirrohim…Alhamdulillah atas segala nikmat Allah..Astaghfirullah atas segala kelemahan dan kesalahan..Wa Irhamna Ya Allah..
Malam kian merangkak…Angin terus beralun zikir..Taat pada Pencipta.. Banyak mata yang kian lena..Kematian kecil yang sering bersilih ganti…Namun bagi hati yang ‘hidup’, menjadi satu muhasabah untuk berazam menjadi hamba yang lebih baik.
Tatkala ini, hati penulis semakin sayu untuk meninggalkan seketika ‘medan’ pertahanan barisan mujahid2 pejuang Palestin, bumi yang diberkati Allah…
Maha Suci Allah…sekejap benar masa berlalu…banyak ‘ibrah’ yang Allah berikan pada penulis selama di bumi Malaysia yang tercinta..Terima Kasih Allah, hadiah ‘ibrah’ ini terlalu tinggi nilainya…
Saat, penulis ‘jatuh’ , Engkau ‘pujuk’ hambaMu yang lemah ini dengan menghadirkan ‘ Al-Quds’..
Saat demi saat, detik demi detik, Al-Quds mula bertakhta..Pejamnya mata..Al-Quds..silih berganti..Engkau sedarkan hambaMu ini dengan Al-Quds..Indah sungguh diri Al-Quds…
Indahnya Al-Quds kerana ‘senyumannya’ yang pernah mengubat luka Rasulullah saw..
Apa yang lebih indah melainkan apa yang menggembirakan Rasulullah saw..
” Ya Rasulullah saw…dirimu sangat dirindui…tatkala sunnahmu menjadi amali..terasa rahmatmu pada sekelian alam..”
“Ya Rasulullah saw..terbayang dirimu di ‘bumi itu’…terasa langkah2mu disitu…’bumi’ itu sangat mengenali dirimu…
“Mulia sungguh dirimu ‘Al-Quds’..Terima kasih kerana ‘dirimu’ pernah gembirakan rasulku…saat dirinya ditimpa kesedihan..Allah hadiahkan ‘engkau’ dalam perjalanan Yang Maha Agung”
” Al-Quds..bersabarlah..aku akan terus menyumbang untuk kembalikan ‘senyumanmu’..”
“Kerana ‘senyumanmu’..menghadirkan ‘senyuman’ Rasulullah saw”
” kerana senyumnya Rasulullah saw..menghadirkan ‘senyuman’ Allah”
“Wajah yang sangat dirindui para mukmin..moga tergolong didalamnya..amin”
‘Terima kasih Allah atas ‘hadiah Al-Quds ‘ pada hambaMu ini..Thabatkan hatiku dengan bumi yang diberkati oleh Mu..
Kuatkan langkah2 ini dengan terus istiqomah dengan Al-Aqsa…Jadikanlah diriku bersama barisan yang ikhlas berjuang ..Moga amalan kami diterima…
” Kerinduan yang semakin memuncak…Senyuman Al-Quds…

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bila agaknya tiba turn kita untuk berkhidmat di sana ? Membantu saudara kita yang teraniaya ? Bila agaknya . . hmm..
Setakat ni belum pernah ada sekolah buat "LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BUMI PALESTIN" , ada yang nak buat ? :)




Kita kat MALAYSIA ni bertuah sungguh,, nikmat tak terhabis sampai dibazir-bazir . . kalau ke sana,, roti kosong yang kita tak pandang tu menjadi rebutan mereka . . BEZA kan ?
Orang kita dok gugur anak, orang depa gugur SYAHID . . ^^,  , , status fb kata camtu la . . hehe . . 
Kita berhak ke atas rakyat Palestin. Mereka adalah saudara seaqidah dengan kita. Mereka memerlukan kita. Mereka hajatkan kita memberikan sesuatu untuk perjuangan ini. Tatkala, mereka sedang berjuang di medan yang sebenar mempertahankan bumi Palestin yang tercinta, mereka berdoa dengan penuh rintihan, kesayuan dan pengharapan agar ada hati-hati dikalangan saudara mereka di luar Palestin mengambil peduli akan nasib mereka. Tidak tergerakah jiwa-jiwa kita untuk bersama mereka?

InsyaAllah – kita mampu memainkan peranan dan memberikan sumbangan. Soal Palestin, adalah soal bersama. Kepedulian kita adalah soal keimanan dan keyakinan kita kepada Allah SWT. Jadi, anda berhak menempatkan posisi anda dalam isu perjuangan Palestin.
Jadi, apakah pilihan anda?

Kata seorang hamba Allah,

" Kita pasti ditanya. Dunia Islam sedang terbakar dengan dahsyat sekali. Setiap orang muslim wajib berusaha memadamnya walaupun dengan setitis air yang dia ada. "







Terima kasih baca , , ASMA AMAANIINA !!! :)

                                                                            VirtualAqua


" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

No comments:

Post a Comment

dah bace ? komen laa sepatah dua.. banyak2 patah pun takpe.. ^-^