-->

Saturday 2 June 2012

(Kupasan Ringkas) : Forum Kerjaya Anugerah Allah untuk Kesejahteraan Ummah



Assalamualaikum wrt . . dah pepagi buta, penat baru balik . . tapi still nak update blog !
pastu line punyelaa "baik" buat hal . . hah, dah keesokan harinya baru boleh post . . = ="

So, SELAMAT PAGI :D
takpelah . . kot2 laa bole jadi saham akhirat kat sana nanti . . bukan bole bawak debit card kan ? credit tak bole cash pun x bole . . amal je bole . :)


Just nak share sikit2 input forum tadi . . antaranya :

1) Prinsip kerjaya asas adalah beribadah kepada Allah , , sebagaimana firman Allah dalam Surah az-Zariyat ayat 56:

Maksudnya : "Tidaklah aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepadaKu"

2) Mencari rezekit itu tuntutan setiap orang yang masih hidup.

Islam juga tidak pernah melarang kaum Hawa daripada bekerja, bahkan sesetengah bidang pekerjaan menuntut pekerja daripada golongan wanita !


Pakar Sakit Puan , takkan nak semua lelaki ? aduyyaiiiii ~ (gaya Gopal , hehe :) )

Nurse , , kalau semua nurse lelaki ape nak jadi dengan patient perempuan ? (**bayanggggkannnn**)

Also in addition , Saidatina Khadijah dulu bukankah seorang yang bekerja juga ? BUSINESSWOMAN BERJAYA, kan ? kalau zaman sekarang ni boleh dapat title JUTAWAN . :)

Saidatina Aisyah r.a menjadi tempat rujukan para sahabat, kalau zaman sekarang dapat title MUFTI .

So, tak salah pun kalau perempuan nak bekerja... nak berkerjaya....

Jangan fikir orang perempuan ni kerja dia dok kat dapo masak, basuh baju, kemas rumah, jaga anak . . aku tak suka mindset cenggitu ! (emo... hehe peace ! ^^,)

Namun begitu, jihad paling BESAR bagi seorang wanita adalah berbuat baik kepada suaminya . . toksah keluar berperang . . okay ? :)

3) Pekerjaan boleh menjadi suatu ibadah, dengan SYARAT . .

          - Niat mesti betul , , semuanya bermula dengan niat !
          - Perkara yang dibuat sah / halal mengikut syariat .
          - Pelaksanaan mesti betul
          - Natijah mesti betul
          - Tidak meninggalkan ibadah asas (wajib kan ? :) )
             (kredit kepada  http://www.mymasjid.net.my/?mod=article_content&mod2=2129 )

4) Tadi ustaz tu ada cerita tentang konsep 'AFIAT, bukan klinik 'Afiat ye.... :)

Pada suatu hari, Nabi saw bertanya khabar dengan para sahabatnya.. lalu mereka menjawab dengan "Alhamdulillah, sihat wal'afiat ya Rasulullah..."

Lalu baginda saw bertanya, tahukah kalian apa maksud 'afiat yang sebenarnya?

Lantas mereka menjawab hanya Allah dan Rasulullah sahaja yang mengetahuinya...

Rasulullah menjelaskan bahawasanya yang dinamakan 'AFIAT itu bermaksud jalan menuju kesejahteraan. 'Afiat itu juga ada sepuluh wajah; 5 di dunia dan 5 selepas mati :

1) Ilmu - maksudnya, cari ilmu sehabis mungkin

2) Ibadah - beribadah banyak2, jadilah umat yang bertaqwa

3) Rezeki dari sumber yang halal

4) Syukur ketika mendapat nikmat - masih ramai manusia yang tak tahu bersyukur..

         Saya selitkan kisah Nabi Sulaiman ini :
Baginda bertanya kepada monyet "Kau suka jadi monyet?"


Kata monyet "Syukur alhamdulillah nasib baik tak jadi anjing."


Baginda bertanya lagi kepada anjing "Kau suka jadi anjing?"


Kata anjing "Syukur alhamdulillah nasib baik aku tak jadi babi."


Baginda seterusnya bertanya kepada babi "Kau suka jadi babi?"


Babi berkata "Syukur alhamdulillah nasib baik aku tak jadi manusia yang TAK TAHU BERSYUKUR."

hehe,, dapat tak mesej kat situ ? ^_^''


5) Sabar ketika dalam kesusahan . . sabar, sabar, , AS-SOBRU MINAL IMAN . . !! :)

    (selepas mati)
6) Malaikat Maut mengambil nyawanya dengan tenang... husnul khatimah :)

7) Pass soalan Mungkar Nakir . . gitu kot, time ni tak berapa dengar sangat . . hehe :)

8) Berada dalam keadaan tenang ketika di Mahsyar

9) Segala kebaikan diberi ganjaran pahala dan diterima Allah . .

10) Finally, berjaya melalui titian sirat bagai kilat yang menyambar dan terus menuju ke SYURGA.. subhanallah..

Settle semua ni barulah namanya 'AFIAT . . senyum lagi :) hehe..

5) Kepada ibu bapa dan BAKAL ibu bapa di luar sana, JANGAN cetak anda anda menjadi anda !
    
Bak kata HAMKA : 
"Anak adalah untuk zaman yang akan datang, bukan untuk zaman kita. Salahkan pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga."

Tugas ibu bapa hanyalah untuk membimbing, beri galakan, beri peluang . . the rest biar dia pilih sendiri ikut apa yang dia minat, apa yang dia nak . . don't worry, be happy, okay ? ^__^

Tapi kalau dia minat hisap dadah, tu dah serius ! 

Jangan parents harap kau masuk UNIVERSITI, tapi kau masuk PUSAT SERENTI ! . boleh ? :)

Last but not least,, ini beberapa shot gambar forum tadi.. sorry tak berapa jelas.. maklumlah.. duduk kat belakang.. haha :)

Ucapan pembukaan oleh YAB Datuk Hj Badri bin Hj Dasuki


Bersama ahli panel forum kita, dengan Ustaz HAFIZ HAMIDUN sebagai pengerusi..
yang lain aq tak kenal, tapi ustaz baju pink tu memang best dan terbaekk la !
tak habes2 promote minyak kasturi dia, kan ? haha :)

dah, 3 gambar je.. tak bole banyak2 . . :)



Okay, terima kasih kerana sudi membaca . . ASMA AMAANIINA !! :)

Teruskan support saudara kita di Palestin . . :') Palestine tomorrow will be free !!!


VirtualAqua

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

No comments:

Post a Comment

dah bace ? komen laa sepatah dua.. banyak2 patah pun takpe.. ^-^