-->

Saturday 25 June 2011

.: Amal :.


Sumber Abu Hurairah r.a memberitakan Nabi saw bersabda , ertinya :

"Sesungguhnya (nilai) segala amalan manusia itu adalah mengikut (baik-buruk) penutupnya (jenis amalan terakhir)."
(HR Al-Bukhari)

Pengajaran hadith :

1. Memerhatikan nasib manusia, maka di sana terdapat 4 golongan, iaitu :

a. Pada mulanya kafir, kemudian Islam dan mati dalam Islam.

b. Pada mulanya kafir, kemudian Islam dan mati dalam kafir.

c. Pada mulanya Islam, terus Islam dan mati dalam Islam.

d. Pada mulanya Islam, terus Islam dan mati dalam kafir.
(Murtad seperti memilih agama Buddha, Kristian atau Yahudi atau tidak beragama)

Maka nasib yang dikira adalah yang terakhir. Sebenarnya tiadalah nilai manusia itu apabila memilih selain Islam dan tiadalah beruntung seorang ibu yang melahirkan anak yag kemudiannya masuk Kristian, apa lagi menjadi Paderi (Paderi Melayu yang sesat lagi menyesatkan orang yang beriman; maka seksaan di dalam neraka akan berlipat ganda untuknya dan tiadalah dapat ditebus dengan tangisan dan darah sekalipun).

Menangislah sendirian dari sekarang sebelum anda ditangisi kemudiannya !!!

2. Demikian juga suasana kematian seseorang Islam dinilai kepada yang terakhirnya, di mana seseorang akan dibangkitkan kelak di Hari Kiamat berdasarkan amalan terakhir : meninggal dunia dalam keadaan mabuk (arak), sedang membunuh, berzina, menari dan menyanyi di pentas dan sebagainya. Seterusnya sesuatu pekerjaan, urusan dan majlis pertemuan juga dikira kepada suasana penutupnya.

3. Pohonlah kepada Allah agar Dia menjadikan kematian anda dalam penyudah yang baik (husnul khatimah).

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~




Sumber Umar bin Al-Khattab r.a memberitakan Nabi saw bersabda , ertinya :


"Sesungguhnya segala amalan itu (dikira) dengan niat."
(HR Al-Bukhari dan Muslim)


Pengajaran hadith:


1. NIAT adalah kehendak hati untuk melakukan sesuatu serta tujuan melakukannya. Allah mengkehendaki agar seseorang hambaNya berbuat sesuatu semata-mata kerana mencari keredhaanNya.


2. Jadi segala amalan si hamba adalah dengan niat dan berdasarkan apa yang diniatkan kerananya. Allah tidaklah menerima amalan tanpa niat dan Dia tidaklah pula menerima niat tanpa ikhlas keranaNya.


3. Allah Ta'ala sedia mengurniakan pahala yang berganda kerana niat yang diniatkan oleh si hamba dan Dia sedia menolak sebarang amalan tanpa niat dan tanpa ikhlas keranaNya.




" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

No comments:

Post a Comment

dah bace ? komen laa sepatah dua.. banyak2 patah pun takpe.. ^-^