-->

Wednesday 22 June 2011

Aslim, Taslam.. (Islamlah, nanti anda selamat) ..


Sumber 'Ad'idz bin 'Amr r.a memberitakan Nabi saw bersabda , yang bermaksud :

"Agama Islam itu amat tinggi dan tiadalah agama yang tertinggi melebihinya."
(HR Ar-Ruyaani : Hasan)

Pengajaran hadith :


1. Sifat agama Islam adalah luar biasa di mana ia mempunyai ajaran yang paling lengkap dan sempurna berbanding agama-agama Samawi : agama Yahudi dan Kristian dll, di mana kitab Al-Quran adalah sebagai penyempurna intisari kepada kitab-kitab sebelumnya.

2. Agama-agama Samawi sebelum Islam hanya sesuai dengan zaman dan manusia tertentu sahaja; sedang Islam sesuai dengan segala zaman, manusia dan segala tempat hingga ke hari kiamat di mana Nabi Muhammad saw diutus untuk menutup perutusan para rasul sebelumnya .

3. Oleh sebab itu, Islam adalah suatu agama yang paling tinggi, paling mulia dan paling unggul, tiada yang melebihinya. Sehubungan itu, penganutnya perlu segera mengikut ajarannya dan menyesuaikan diri dengannya.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Sumber Zaid bin Arqam ra memberitakan Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud :


"Sembahlah Allah seolah-olah anda nampak Dia; jika anda berasa tidak nampak Dia, maka sesungguhnya Dia nampak anda."
(HR Abu Nu'aim dan Abu Dawud ,, sumber Umar bin Al-Khattab : Sahih)

Pengajaran hadith :

1. Sesungguhnya Allah ialah Tuhan yang bersifat Maha Melihat dan Maha Mengetahui; sebaliknya kita manusia ialah makhluk yang amat lemah, sedang mata kita tidak nampak bahan-bahan yang terletak jauh atau sifatnya halus dan seni.

2. Orang yang beriman percaya adanya Allah tanpa ragu-ragu dan mengenaliNya berdasarkan wahyu disampaikan Allah kepada Nabi Muhammad saw. Hati kita mengenali Allah.. sedang mata kasar kita memang tidak dapat melihat Allah semasa hidup di dunia.. sehinggalah kita berada di dalam syurga nanti.. INSYAALLAH...

3. Rasulullah saw menganjurkan agar kita menyembah Allah dengan berasa Dia ada dan seolah-olah kita nampak di hadapan kita dan jika tidak tergambar begitu, maka Dia tetap nampak kita. Dengan perasaan begitu, maka barulah wujud kekhusyukan dalam solat dan dalam ibadah-ibadah yang lain .


" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

No comments:

Post a Comment

dah bace ? komen laa sepatah dua.. banyak2 patah pun takpe.. ^-^