-->

Sunday 17 July 2011

:: Kisah 3 Pinggan ::


           Artikel ini dah pernah saya share ke Asma Amaaniina (group saya di facebook). Jom join ktorang !! hehe..<< klik-sini-klik-sini >>
           Tapi sajesaje nak share lagi kat blog peribadi ni.. tak salah kann? huhu.. Ok, macam biasa.. click Read more bawah ni jika anda sedang berada di home page......
dan teruskan bacaaan anda.. =)

           Andai 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita…Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti asalnya..

           Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaanya yang masih kotor, tidak berbasuh..Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ia diletakkan di tempat yang sepatutnya..

           Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah berkecai..Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca..Tiada nilainya lagi..Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..

Begitulah jua halnya dengan Allah Taala..Jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita..Iaitu Syurga..

           Namun jika kita kembali ke hadrat-Nya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan “basuh” kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam Syuga..

           Tetapi jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah yang tiada nilai lagi…




 Sekian, terima kasih...
Ayuh like-mengelike .. :)

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

1 comment:

dah bace ? komen laa sepatah dua.. banyak2 patah pun takpe.. ^-^