-->

Sunday 31 July 2011

Dia yang kurindu.. kembali lagi..



Syaaban ingin pergi sayu menghiba diri,
Ramadhan ingin kembali riang bersua lagi,
Merangkak kita di lantai masa bersilang hari,
Merebak bulan di ufuk senja tahun berganti.

Telah terukir juga terzahir di bibir muara,
Akan kita insan yang sentiasa lupa dan lara,
Hidup bertunjangkan nafsu sesedap rasa,
Bermain dengan bara-bara yang penuh noda.

Dosa, bila diungkitkan tentang Neraka,
Lalu diselitkan tentang ajal yang menyusul tiba,
Insan baru padanya terkhabar dari lamunan,
Pantas dirinya menadah tangan mencari Tuhan.

Maka sedar tika alpa dosa inginkan pahala,
Alpa dalam bicara nafsu inginkan puasa.
(via iluvislam.com) 




Mengingat semula tazkirah Jumaat minggu ini.. (29 Jul 2011)..
Ustaz kata, puasa ada 3 peringkat :-

i. Puasa awam > puasa biasa2 jelaa.. menahan diri daripada makan dan minum & yg membatalkan puasa bermula terbit fajar siddiq hingga terbenam mentari .

ii. Puasa , menahan diri daripada makan, minum dan perkara2 yg membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam mentari serta maksiat zahir .

iii. Puasa , menahan diri daripada makan, minum dan perkara2 yg membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam mentari serta maksiat zahir dan batin.

(Credits to : Penyampai tazkirah Jumaat yg lalu..)

Salam Ramadhan Al-Mubarak daripada
Cik Aqua.. :)

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

1 comment:

  1. Nie ayat lain bagi tingkatan puasa kat atas.. (tapi maksud sama jer.. :)) :-

    1.Puasa Awam: Ia meninggalkan syahwat perut dan kemaluan.

    2. Puasa Khusus: menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan segala macam perkara dari terlibat dengan kemaksiatan kepada Allah SWT.

    3. Puasa l Khusus: Hati yang berpuasa daripada kepentingan dunia dan memikirkan perkara duniawi dan meninggalkan segalanya serta segalanya ditumpukan hanya kepada Allah Azza wa Jalla.

    ReplyDelete

dah bace ? komen laa sepatah dua.. banyak2 patah pun takpe.. ^-^