-->

Friday 1 July 2011

.: Tiada Tuhan Melainkan Allah :.



Sumber Abu Said Al-Khudri memberitakan Rasulullah saw bersabda , ertinya :

"Ajarilah kalangan kamu yang hampir mati agar mengucap LAILAHAILLALLAH."
(HR Muslim)

Pengajaran hadith :


1. Asas kepercayaan Islam adalah mengucap kalimah tauhid ; LAILAHAILLALLAH ; inilah ucapan suci yang menjadi pegangan hidup dan matinya seseorang yang beriman .

2. Untuk menguatkan keimanan, seseorang Islam perlu selalu dan banyak membaca Al-Quran pada setiap hari dalam hidupnya. Hanya inilah sahaja suatu ikatan yang paling kukuh antara si hamba dengan Tuhannya. Di samping itu seseorang perlu melatihkan diri agar selalu mengucapkan kalimah suci ini dalam sebarang keperihalan hidup sehingga lidah menjadi biasa dan lancar menyebutnya.

(Seperti halnya tukang sisir puteri Fir'aun, Masyitah, yg mana ketika sikat terjatuh dari tangannya ketika sedang menyisir rambut puteri Fir'aun, beliau menyebut nama Allah. Ketika dalam perjalanan Israk Mikraj, Nabi saw tercium suatu bau yang wangi.. dan ternyata haruman itu berasal dari makam Masyitah yang seluruh keluarganya, termasuk anaknya yang masih menyusu, dipaksa untuk terjun ke dalam bekas tembaga yang mendidih kerana mempertahankan keimanannya kepada Allah SWT.)


3. Walau bagaimanapun, orang yang hampir mati perlu pula diajar mengucapkan kalimah ini; sebab di sana terdapat pula penghalang dari kalangan syaitan yang ingin memasukkan manusia ke dalam neraka.. (datang syaitan yang menyerupai orang2 terdekat dan tersayang yang telah meninggal dunia mengajak meninggalkan Islam, masuk ke agama Nasrani atau Yahudi..). Jauhilah dari merokok, sebab penagih rokok sukar untuk diajar mengucap. Racun rokok menggelapkan hati dan akal fikiran insan yang asalnya bersih.


I HATE SMOKERS !!!!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

No comments:

Post a Comment

dah bace ? komen laa sepatah dua.. banyak2 patah pun takpe.. ^-^