Sumber Abdullah bin Mas'ud r.a memberitakan Nabi saw bersabda, ertinya :
"Sifat seseorang manusia itu (kerap) menyertai kekasihnya."
(HR Al-Bukhari)
Pengajaran hadith :
1. Sifat manusia itu suka berteman, bukan sahaja untuk berumahtangga tetapi juga dalam hidup bermasayarakat. Mereka berasa keseorangan jika hidup bersendirian.
2. Maka wujudlah pengenalan dan persahabatan dalam sesebuah masyarakat dan negara. Persahabatan ini boleh dilihat berlaku dalam kenderaan yang menggunakan perjalanan jauh, persahabatan yang berlaku dalam pertemuan dan jamuan antara sejenis atau berlainan jenis,
3. Rasulullah saw dikasihi oleh seluruh umatnya. Sesiapa yang cinta kepada Nabi dan berusaha ke arah itu dengan banyak berselawat kepada baginda, maka dia akan bersama Nabi saw di akhirat kelak, terutama di dalam Syurga Firdaus.
No comments:
Post a Comment
dah bace ? komen laa sepatah dua.. banyak2 patah pun takpe.. ^-^