-->

Monday 4 July 2011

Dunia Tempat Bercucuk Tanam . .

Dunia.. ada awal.. ada penghujung..
Sedang menuju perintahNya,, KIAMAT pasti.. AKHIRAT destinasi abadi..

Sumber Abdullah bin Mas'ud r.a memberitakan Rasulullah saw bersabda , ertinya :

"Tiadalah bagiku dan bagi dunia, di mana tiadalah aku di dunia ini melainkan seorang penunggang (musafir) yang singgah berteduh di bawah sepohon pokok; kemudian dia (bergerak) pulang dan meninggalkannya."
(HR At-Tirmidzi : Sahih : Al-Albaani)

Pengajaran hadith :

1. Dunia ini diciptakan Allah buat sementara; sebab dia akan dimusnahkan.. Malah akan ditukarkan pula dengan akhirat yang kekal. Pada dasarnya dunia diciptakan untuk dijadikan tempat ber'abdi (beribadah) kepada Allah dan mengumpul bekalan untuk hidup yang abadi di akhirat .

2. Perjalanan ke akhirat adalah suatu perjalanan yang jauh. Setiap orang, terlebih dahulu akan melalui alam barzakh (Perantaraan : alam kubur) menerusi kematian; sesudah itu mereka akan dihidup  dan dibangkitkan kembali di Padang Mahsyar untuk diadili atau ditimbang segala amalan baik dan buruknya, kemudian mereka diarah melalui SIRAT (jambatan) yang terentang di permukaan neraka.. sama ada untuk dimasukkan ke neraka atau terus ke syurga. Tempoh hidup bagi setiap orang tidaklah begitu lama, tetapi hidup di alam barzakh adalah panjang. Demikian juga tempoh meniti Sirat (bagi peniti yang paling lama adalah selama 28 000 tahun kerana ditahan pula pada tujuh kaunter dan diseksakan).

3. Akan rugilah orang yang memandang dunia ini sebagai tempat tinggal yang kekal dan akan beruntunglah orang menjadikannya tempat sementara (perhentian) dalam suatu perjalanan jauh menuju ke akhirat. Janganlah terpesona dengan segala kemewahan dan keindahan di dalamnya, nanti akan mengganggu pengumpulan bekalan amal soleh ke akhirat tempat hidup yang sebenarnya.



Perjuangan itu pasti menagih pengorbanan..
Teruskan perjuanganmu .. Chaiyokk !! :)

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

No comments:

Post a Comment

dah bace ? komen laa sepatah dua.. banyak2 patah pun takpe.. ^-^