-->

Tuesday 5 July 2011

~ Jom ~ Amal Ma'ruf ~



Sumber Abdullah  bin Abbas r.a memberitakan Nabi saw bersabda , ertinya :

"Pahala orang yang menunjukkan kepada kebaikan itu sepertilah (pahala) orang yang melakukannya."
(HR Al-Baihaqi : Sahih)

Pengajaran hadith :


1. Islam menggalakkan penganutnya berbuat kebaikan untuk memperoleh pergandaan pahala dari 10 kali ke 700 kali dan seterusnya.

2. Suatu kemurahan Allah, ialah Dia memberikan pahala yang sama kepada orang yang menunjuk kepada sesuatu kebaikan; iaitu sama dengan pahala pelakunya.. tanpa dikurangi sedikitpun. Begitulah perkembangannya bertingkat-tingkat, susun-menyusun. Apalagi kalau dilakukan melalui sebaran buku atau rakaman, maka dia akan diikuti ramai dan pahala akan berlipat ganda lagi tidak kurang walaupun satu sekalipun.

3. Seseorang mungkin akan terperanjat melihat pemberian Allah kepadanya di akhirat, apabila dia selalu mengajak atau menyeru orang ramai agar menambahkan sesuatu amalan yang baik berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih.

Kita.. ada awal.. pasti bertemu AKHIR.. 
Tuhan... pimpini aku.. bimbingi diriku..........
Aku lemah......

" Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan? "

No comments:

Post a Comment

dah bace ? komen laa sepatah dua.. banyak2 patah pun takpe.. ^-^